Salam Maal Hijrah 1432..
Wahh dah beberapa hari berlalu tanpa saya menulis di blog ni..jadi, hari ni saya nak nyanyi..jom ikut saya ye;) 1 Muharam detik permulaan..Perkiraan tahun Islam hijrah..Perpindahan Nabi dan umat Islam..Dari kota Mekah ke kota Madinah..(ha best tak saya nyanyi?kalo best,jgn lupa jemput kenduri mana2..bleh saya buat free show..wawawa) ni nasyid yang begitu sinonim kan dengan kita tatkala menjelangnya awal Muharram?so,dah tahun baru la..apa azam anda??mungkin ada yang nak perbaiki diri..ye la kita ni selalu alpa..improve kan diri ke arah yg jauh lebih baik..kalo macam tu,alhamdulillah..sejuk perut mak kita mengandungkan kita.
O.k..hari ni saya nak pinjam title 'ustazah' jap ye..hehehe.sebabnya nak tulis sikit pasal nasihat Luqman al-Hakim..tau dak sapa dia Luqman al-Hakim ni??haa..beliau ni rupenye anak saudara Nabi Ibrahim a.s dan dikatakan juga beliau ni anak saudara Nabi Ayub a.s...
Luqman Al-Hakim ni sungguh kaya dengan ketokohannya sehingga Allah mengangkatnya sebagai salah sebuah nama surah dalam Al-Quran.
so,kat sini kawan2,,saya nak share 1 nasihat beliau kepada anaknya yang saya rasa sungguh terkesan di hati saya (serius)..semuanya ada 25 nasihat dan saya fikir tak tertulis pula di sini..ia berbunyi macam ni :
"Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH"..
Bila saya baca je bait-bait nasihat tu,saya termenung panjang..saya mula teringat pada arwah rakan yang telah pun pergi meninggal kan dunia ni seawal usia 19 tahun.Bila saya tengok berita di tv..ada yang meninggal dunia disebabkan tragedi kemalangan..berdarah-darah..eee ngeri!terlintas di kotak fikiran..apakah bekalan mereka untuk ke 'sana'?bagaimana pula keadaan mereka kini di alam ghaib sana?dan berbalik kepada diri saya..apakah bekalan yang saya sedang buat untuk ke 'sana'?saya masih ada waktu kerana Allah yang masih memberi peluang..harapan : saya nak naik sampan yang ada TAKWA,IMAN & TAWAKAL supaya saya tak karam di dunia mahu pun akhirat..pesan untuk diri sendiri : janganlah kita karam di dunia ini yang bagaikan lautan yang bersedia menelan kita waktu kita leka..yang penting bak kata Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, "ANDA BUAT, ANDA DAPAT"..;)
0 comments
Post a Comment